Retinol Some By Mi Review: Hasil Lepas 2 Bulan Guna! Berbaloi atau Tidak?

Hai! Hari ni saya nak share review retinol pertama saya dari Some By Mi, lepas lebih dua bulan guna. Saya excited nak share result dengan korang sebab produk ni dah jadi salah satu skincare favorite! (Dah boleh agak ending dia positif, kan? 😆)




 Sebenarnya, saya dah banyak kali ternampak retinol di FYP, tapi tak tergerak hati untuk beli kerana saya rasa saya tak memerlukannya. Lagipun, waktu itu saya yakin rutin penjagaan kulit asas sudah mencukupi.

Tapi, semuanya berubah apabila saya mula perasan ada garis halus di dahi. Kemudian, saya terbaca bahawa sebaik sahaja memasuki usia 20-an, disarankan untuk mula menggunakan retinol bagi mencegah kedutan lebih awal. Jadi, selepas membuat banyak kajian tentang retinol, akhirnya saya memilih jenama ini kerana produk penjagaan kulit saya memang dari Some By Mi dan tidak pernah menyebabkan breakout. Jadi, saya yakin kulit saya boleh menerima jenama ini dengan baik.


Apa yang product ini claim :

  • Mengandungi Retinol – Membantu pembaharuan sel kulit, merangsang penghasilan kolagen, serta mengurangkan garis halus dan kedutan. Juga diperkaya dengan Retinal & Bakuchiol, yang merangsang sintesis kolagen dan elastin untuk kulit yang lebih anjal.
  • Diformulasikan dengan Panthenol, Beta-glucan, Ceramides & Trucica – Membantu mempercepatkan pemulihan kulit yang rosak serta menguatkan lapisan perlindungan kulit.
  • Boleh improve tekstur kulit & pigmentation – Menjadikan tona kulit lebih sekata dan tekstur lebih halus.
  • Memperbaiki empat tanda awal penuaan – Memperlambatkan proses penuaan, mempercepatkan pemulihan lapisan perlindungan kulit, serta menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

sumber : thesomebymi.com

Selepas membeli, untuk beberapa minggu pertama, saya hanya guna sekitar 2-3 kali seminggu sebagai langkah untuk memperkenalkan produk ini kepada kulit dan mengelakkan risiko breakout. Kemudian, barulah saya mula pakai setiap malam sebelum tidur.

Retinol ada pantang larangnya—ia tak boleh dicampur dengan sesetengah bahan tertentu. Disebabkan skincare saya yang lain mengandungi bahan yang tidak boleh bertoleransi dengan retinol, saya lebih berhati-hati dalam rutin pemakaian. Jadi, pada waktu siang, saya pakai skincare lengkap seperti biasa, manakala pada waktu malam, selepas mencuci muka, saya hanya gunakan retinol sebelum terus tidur.


Result setelah lebih 2 bulan guna:

Wrinkles di dahi berkurang
Smile lines hilang
Eyebag makin pudar
Parut semakin pudar
Tekstur kulit lebih halus dan rasa smooth
Jerawat susah nak muncul
Tak breakout!


Final Thoughts

Sejujurnya, saya tak sangka bukan sahaja wrinkles berkurang, tetapi parut dan eyebag pun semakin pudar! Saya juga memang tahu bahawa retinol boleh menyebabkan breakout jika digunakan terlalu kerap pada awal pemakaian, atau bagi beginner, ia mungkin terasa sedikit harsh pada mulanya. Tapi untuk produk ini, ia sangat gentle pada kulit saya dan langsung tak menyebabkan breakout. Jadi, saya setuju apabila dikatakan bahawa retinol ini beginner-friendly.

So, buy or bye? my answer is BUY !! (and I will probably repurchase !!)

Kalau korang dah masuk usia 20-an dan dah mula nampak tanda kedutan, atau mungkin nak mencegah dari awal, ataupun ada parut jerawat, eyebag, atau tekstur kulit yang kasar, saya highly recommend produk ini. Dengan hasil yang macam ni, saya rasa sangat berbaloi dengan harga.

Tapi hati-hati takut terbeli yang fake. So,boleh beli dekat sini.

Okay that's it! Kalau korang ada recommendation and review untuk retinol lain, boleh comment tau.

See you in future posts !!


Comments